Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan komunikasi adalah elemen penting yang perlu dimiliki oleh warga pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang berkesan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh sekolah secara berperingkat-peringkat.Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam rancangan Malaysia ke-8 bagi merealisasikan wawasan ini. Pendedahan kepada ICT dilakukansecara terancang dan sistematik supaya budaya ini dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal dan positif.Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang bagi mencapai matlamat meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas akses dan ekuiti
kepada kemudahan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan,penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Penyelaras Makmal
Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah xii
Komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer.
Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, tugas yang ditauliahkan kepada anda perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Memang agak mustahil bagi melaksanakan
semua perkara yang disarankan dalam buku ini, memandangkan Penyelaras Makmal Komputer tidak 'seistimewa’ Penyelaras Media yang mempunyai waktu mengajar
terbatas.
Adalah diharapkan kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada warga pendidik khususnya yang diamanahkan bagi mengurus, mengendali dan mentadbir
makmal komputer sekolah. Sebagai penyelaras makmal komputer, buku ini bolehlah dijadikan ringkasan rujukan dan panduan supaya makmal komputer di sekolah anda
beroperasi dalam keadaan sistematik dan teratur.